29 December 2011

3
Komen

Tentang Dhia

Arahan:  Azlina Pak Wan
Pelakon:  Adi Putra, Nora Danish, Ako Mustaffa, Liza Abdullah, Siti Sarah dan lain-lain

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangan dikasihinya.  Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang.  Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang merasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati.  Dhia sudah lama terpaut pada Azmi walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari University luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil.

Dhia memiih Azmi sebagai tunangnya.  manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut.  Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk .  Akhirnya melly mendapati dirinya mengandung.  Tetapi Raffi tidak mengendahkannya.  Tertekan dan terdesak...Melly mengenakan Azmi pula.......

Apa kesudahan cerita ni.....jom kita tengok di TV3....sediakan tisu banyak-banyak ya.......disini aku ada beberapa slot yang aku ambil dari u tiub....sapa2 yang tertinggal tengok je kat sini...nanti aku tambah lagi kay.




3 comments:

ISAC said...

Salam,

Saya pun bersekolah di SM Teknik 83-84 dulu. Berbanding dengan sekarang, kemudahannya pun dah banyak makanan pun dah sedap. Ada 6 meal termasuk supper.

Apapun kalau masih berminat dengan MRSM kena pergi bawak surat rayuan ke tingkat 9 bangunan Mara, dekat Medan Mara. Menurut kenalan yang dah pergi, jumpa Pn Aishah.

Kalau setakat buat rayuan menggunakan email. Buang karen aje. Kalau ada kabel dapatkan surat sokongan daripada Idris Jusuh ataupun Shafie Afdal. Sekolah anak kawan daripada 56 yang dapat 8A cuma 26 yang dapat ke SBP dan cuma beberapa orang sahaja yang dapat ke MRSM.

Satu hakikat yang enak untuk diakui, anak2 Melayupun dah ramai yang bijak2.

ISAC said...

Tingkat 19

Annasemutmerah said...

Assalamualaikum....
saya setuju tu...hakikat sekarang ni...anak2 melayu ramai dah yang pandai2. Kita boleh berbangga lah kan.

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com