19 April 2011

0
Komen

Sabah bahhhh!!!!

kali ni aku ke Sabah.  Peluang yang ditunggu-tunggu setelah lebih 6 bulan menunggu.  Maklumlah tambang murahlah katakan.  Kalau tak ada Air Asia sure tak sampailah aku.  Bukan apa....beli tiket 6 bulan sebelum ni punya lah murah!!!

Aku dan budak2 pejabat bersepakat untuk ke Sabah cuti Tahun Baru Cina yang lalu.  Ramai gak lah yang pergi.
kalau nak kata seronok...wah....memang seronok!!! Pemandangan di Sabah amat cantik.  Nasib baik kami dapat pemandu pelancong yang sporting...memang kelas.


Ini adalah pemandangan di pintu gerbang di salah sebuah tempat di kota Kinabalu
.  Bergambar beramai-ramai buat kenangan lah katakan.

Dengan budget RM 500.00 termasuk tambang pergi dan balik selama 4 hari 3 malam, perjalanan ini memang cukup menarik.  Antara tempat-tempat yang kami lawati adalah seperti berikutL

Gunung Kinabalu


 salah satu pulau di Sabah iaitu Pulau Manukan


Kampung Warisan

alamak aku lupa bangunan apa ni.....tapi ianya bangunan 
kerajaan yang terkenal dengan bentuk baterinya!!!!

Kalau nak diceritakan pengalaman disana memang tak menang tangan nak menulis....pulau yang cantik...pemandangan di Kota Kinabalu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.  
Sabah memang terkenal dengan barangan perhiasan daripada mutiaranya.  Kalau tersilap langkah boleh jadi kita beli yang tiruan.  Memang susah nak membezakan yang tiruan ataupun yang asli.

ok...banyak lagi yang aku nak ceritakan pasal percutian ke Sabah hari tu...nantikan di entri yang akan datang.

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com