29 December 2011

3
Komen

Tentang Dhia

Arahan:  Azlina Pak Wan
Pelakon:  Adi Putra, Nora Danish, Ako Mustaffa, Liza Abdullah, Siti Sarah dan lain-lain

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangan dikasihinya.  Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang.  Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang merasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati.  Dhia sudah lama terpaut pada Azmi walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari University luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil.

Dhia memiih Azmi sebagai tunangnya.  manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut.  Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk .  Akhirnya melly mendapati dirinya mengandung.  Tetapi Raffi tidak mengendahkannya.  Tertekan dan terdesak...Melly mengenakan Azmi pula.......

Apa kesudahan cerita ni.....jom kita tengok di TV3....sediakan tisu banyak-banyak ya.......disini aku ada beberapa slot yang aku ambil dari u tiub....sapa2 yang tertinggal tengok je kat sini...nanti aku tambah lagi kay.




0
Komen

OMBAK RINDU FULL DOWNLOAD

assalamualaikum kawan-kawan........
tetiba aku buka internet aku terjumpa satu link yang boleh download Ombak Rindu.  Korang cubalah ya....
aku dah download...tapi ambil masa sikit....try lah.



Ombak Rindu - Part 1
Ombak Rindu- part 2
Ombak Rindu-part 3
Ombak Rindu-Part 4
Ombar Rindu-Part 5
Ombak Rindu-part 6

copy cepat sikit takut link ni depa delete!!!! ya lah pirate kan!....selamat berdownload.

21 December 2011

0
Komen

Tempat Untuk Promosi Blog Anda

ok readers....saya dok jalan-jalan kat internet ni...ada jumpa link2 ni yang mungkin boleh tolong kita
tambah kawan2.  Saya ambil serba sikit link2 ni dalam internet....cubalah ya...

Senarai Fan Pages
  1. Geng Blogger!!
  2. Blogger’s Malaysia
  3. blogger tegar malaysia
  4. Kelab Blogger Tegar Malaya
  5. Malaysian Blogger Links
  6. Blogger Malaysia
  7. Malaysian Blogger United
  8. Malaysia Blogger United
  9. Malaysia Blogger
  10. 1,000,000 BLOGGER MALAYSIAN! (Suggest!!!)
  11. Gengblogger
  12. I’m Blogger
  13. Blogger Tercinta
  14. Blogger Ping
  15. Blogger Auto Ping
  16. B2B/Blogger to blogger
  17. Kami Si Blogger
  18. Blogger Boy
  19. KakiBLOGGER
  20. BLOGGER MUSLIM
  21. Himpunan Penulis Bebas & Blogger Malaysia
  22. Club Blogger Malaysia
  23. Komuniti Blogger Malaysia
  24. BLOGGER MALAYSIA
  25. Blogger Malaysia
  26. blogger malaysia
  27. Blogger Pantai Timur
  28. Blogger Selangor
Senarai Group
  1. Iluvblog.com
  2. Blogger Ping
  3. Gerila Penulisan Kreatif
  4. Kaki Blogger : We Wrote. We Share.
  5. Komuniti 1 blogger 1 ummah
  6. CUTE and TOP blogger
  7. Diari Sahabat Blogger
  8. My Team Blogger
  9. blogger terhebad
  10. Family Blogger
  11. KOMUNITI GILA BLOG
  12. SEMBANG BLOGGER
  13. Kami Budak Blogger
  14. Kami suka Blogger
  15. Geng Bloglists
  16. Geng Blogger Bersatu
  17. UBM official Ping Group
  18. Sahabat Blogger
  19. blogger maniac
  20. KONGSI LINK BLOG
  21. Kami Si Blogger (Official) KSB
  22. Blogwalking widget
  23. BLOGGER MALAYA. Aummm!!!
  24. Syoknyerblogging Club
  25. Dunia Blogger
  26. Geng Blogger Malaysia
  27. Blogger Crew
  28. p0rt bl0gger
  29. Sembang Blog LM
  30. my etech9[dot]com BLOGGER PING!
  31. Jom Borak Kosong
  32. SEMBANG PETUA KITA SEMUA
  33. Kaki Blogger
  34. KakiBLOGGER
  35. MALAYSIAN BLOGGER UNITE
  36. Sahabat Blogger Kedah
  37. KAMI BLOGGER UTAGHA
  38. GENG BLOGGER PAHANG
  39. Gabungan Blogger Baru Semenanjung
  40. Blogger Selangor
  41. Selangor Bloggers
  42. Kelab Blogger Ben Ashaari


0
Komen

Ombak Rindu

Selamat pagi readers.....

Tetiba aje aku tergerak hati nak ceta pasal filem Ombak Rindu.  Sebenarnya aku bukanlah kaki wayang pun.  Kalau nak tengok wayang pun....aku tunggu dan lihat dulu siapa pelakon dan camna jalan ceritanya.  Tapi....entah kenapa sejak aku tengok preview di Astro Prima ari tu.....terkinja-kinja hati ni nak pi tengok....sebabkan Aaron Aziz kah? sebabkan Maya Karin kah? atau pun sebab kan novel tu sendiri......

Bila aku suarakan hati nak tengok Ombak Rindu ni.....hubby tergelak besar....katanya tetiba aje....huh...jeles lah tu. Hubby tak mau pi....dia kata itu cerita orang yang sedang bercinta!!!! aikkkk.....apa dia tak cinta kat aku ke....bisik hatiku!!

Hari yang ditunggu.....first day di tayangkan di pawagam....aku lah orang pertama booking tiket.  Aku paksa budak pejabat aku teman kan aku ke panggung....Jam 3.45.....filem start.....iklan2 yang ditayangkan menyebabkan aku tak sabar-sabar lagi.....ooooppss....sebelum tu aku lupa nak habaq....tiket kali ni tak lah mahal just RM 9.00....oklah tu.

Teng...teng...teng.....filem start......aduh! Maya Karin memang comel lah......Aaron Aziz....tak perlu di ungkapkan.....issy.....kalau hubby aku baca ni.....mau jeles giler dia!!!!!! Aduhhhhh.....kami pi tengok wayang tu 3 orang je....panggung tak full house lagi....mungkin waktu bekerja.  Aku gomen half day kalau  hari khamis tu di Kedah.....so....layannnnn.

Aku ni jenis sensitif......agak2 emo je...sure keluaq ayaq mata! kawan aku yang berdua tu....haram tak teriaq pun! huh......memang dalam hati tak ada taman depa ni!.  Filem yang memakan masa 2.05 jam ini....betul2 menyentuh perasaaan.  syabas buat pelakon-pelakon tu.  Syok lah Maya Karin......dapat berlakon adengan ranjang lagi dengan Aaron Aziz....hehehehe


ha....cetengok....ada aku kesah!!!!! senikata lagu tu lah...yang menaikkan lagi seksi dan romentiknya ceta ni.
haaaa.....you all dah tengok? pi cepat....waktu aku tulis ni dah nak masuk minggu ke empat ditayangkan....entah2 dah tak tayang apa kat panggung.....korang cari cd aje lah ya.  Aku pun tengok sekali je kat panggung tu....tak puas tu memang lah tak puas....aku tunggu cd.....sayang lak duit kalau nak pi tengok 3,4 kali macam kawan aku sorang tu!!!!!

dalam hati ada taman.....

20 December 2011

0
Komen

Yessss!!!! Akhirnya aku Ada follower

Alangkah gembiranya aku blog aku yang baru nak aktif ni dah ada kawan baru. Terima kasih ah pada follower tersayang sebab akhirnya hampa nampak gak blog ni diantara beribu blog dlm internet ni..... Syukur alhamdulillah. Ini menguatkan lagi niat hati untuk menulis.

teruskan menyokongku..... Aku Akan sentiasa memberikan idea2 yang canggih lagi menarik buat tatapan blogger tersayang.
Hingga disambung lagi....tq!!!!
0
Komen

Nasi Kandar

Emmm...yumm.....yumm.... terliur gak bila sebut makanan ni.  Petang semalam aku dan suami baru pekena nasi kandar Royal di sebelah Istana Anak Bukit, Alor Setar.  Nasi Kandar Royal ni memang terkenal di sini.  Cawangan pun....jangan kiralah....merata-rata.

Apa dia nasi kandar???? haaaa.....tau makan aje...jom kita kaji dulu mai dari mana sebenaqnya nama ni!!!! Aku dah check dalam internet ni....kata mai dari Penang.

  • Hidangan nasi kukus yang ikut suka nak disaji tawar atau sedikit berperisa
  • Disajikan dengan macam-macam kari dan dalca....yumm...yummmm!
  • Disebut kandar sebab Zaman dulu...mamak2 di Penang menjual cara menjinjing...mengandaqlah tu!
 cuba tengok ni..........

apa macam.....tak terliur aku dibuatnya.  Aku sorang boleh habis sepinggan...heheheh

tapi awasssssss!!!!!! kalestrol memang tinggi.....so jangan makan selalu.  Sebulan sekali oklah.....
bukan apa.....mencegah penyakit itu kan lebih baik!!!

Anda tentu dah rasakan nasi kandar ni.....antara tempat yang takut aku nak masuk ialah Nasi Kandar Insaf di jalan Tuanku Abdul Rahman......sekali masuk memang insaffffff.......kalau ambil lauk ayam....sure atas RM 10.00.

Tapi aku cukup suka nasi kandar belah utara ni....terbaekkkkkkkk.  Kalau singgah Alor Setar....jangan lupa rasalah Nasi Kandar Royal.
0
Komen

Kekuasaan Tuhan - Janin umur 15 minggu hidup didunia!!!

Subhanallah.....Dengan KuasaNya.

Kejadian benar yang jadi di Hanover, Jerman.  
Bayi berumur 15 minggu mampu hidup.  Hanya dengan





berat 10.5 ouns sahaja....cuba lihat gambar ini.......
sungguh bersar kuasa Allah yang menghidupkan manusia.

Lihatlah...dari hanya 15 minggu dengan gelaran janis...
dalam tempoh 6 bulan yang pada mulanya mempunyai 
harapan untuk hidup yang amat tipis.......tapi itu semua 
hanya kiraan sang doktor....hanya allah yang mengetahui segalanya.

amin.

gambar ini saya ambil dari salah seorang blogger.

19 December 2011

0
Komen

Payahnya nak lelapkan mata....


Entah kenapa kadang kala aku
payah untuk melelapkan mata.  Terutama bila
mengingatkan tetamu tak diundang yang pernah masuk ke 
rumahku bulan Mac 2011 yang lalu....

Pertama kali dalam hidup ku....
tetamu tak diundang masuk.....kebetulan nak
dijadikan cerita....aku terlupa untuk mengunci slidding door
pada waktu petangnya.  Ya allah...sikit pun
aku tak terfikir akan slidding yang tidak
berkunci.

Malam kejadian..aku tidur lewat kerana
menemankan anak ku study...
rasanya jam 1.30 pagi...baru aku tertidur.
rasanya aku terkejud bangun jam 2.50 kerana ingin
ingin mengambil phone yang didalam beg
yang aku letak bersebelahan dengan katil ku.

Alangkah terkejutnya aku apabila
aku mendapati beg aku telah tiada....
aku berdebar dan terus mengejudkan suami yang sedang
diulit mimpi....sepantas kilat kami turun kebawah
dan mendapati beg ku ada dibawah dan barang
barang telah berterabur.

Aku melihat kearah tirai slidding door yang 
bergoyang-goyang ditiup angin......
alangkah terkejutnya kami bahawa 
akibat alpa mengunci pindu mengundang
pencuri masuk kerumah.

Nasib baik masuk ketika kami tidak sedar...
syukur alhamdullillah....tiada yang cedera 
melainkan RM 1500.00, I phone dan sonny ericson 
ku yang sempat diambilnya.
Terkilan yang amat sangat....tapi aku pasrah
bukan rezeki kita simpan macam mana pun
pasti hilang juga.....

semenjak hari itulah aku susah untuk melelapkan mata!!!!!


0
Komen

Kenyataan Hidup


kehendak dunia......itulah kita hari ini.
Walaupun berjuta kemaafan di pinta...ianya
tetap diingat sampai bila2!!!

13 December 2011

0
Komen

Tanjung Rhu, Langkawi

Setelah penat berpusing-pusing
akhirnya kami sampai ke Tanjung Rhu
pemandangan yang sungguh menarik.
cuba lihat gambar-gambar ini.....



tiada kata seindah bahasa untuk mengambarkan betapa 
cantik, bersih,nyaman dan saujana mata memandang
pemandangan di Tanjung Rhu.

Subhanallah betapa hebatnya kuasa tuhan yang
menciptakan keindahan seperti ini!!!!


kami spent masa lebih kurang 30 minit sahaja disini. 
insya allah ada rezeki boleh datang lagi.
1
Komen

Langkawi oh Langkawi- Day 3

Hari ketiga dan juga hari terakhir di Langkawi.
Pagi ni keluar awal dan breakfast di Pantai Chenang
apa lagi......pekena roti canaiiii


kiranya dah 4 hari tak pekena roti canai....heheheh 
anak2 dok teringin kata depa...!!!!

 eemmmm....makan...jangan tak makan!!

Sebenarnya hari ke 3 dan terakhir ni adalah
adalah hari untuk kami mengelilingi Pulau Langkawi...
tanah besar sahaja ya...
sementara nak tunggu waktu naik ferry jam 4.00 ptg
so... apa lagi jalan-jalan lah...

di Teluk Burau....tempat kapal dan bot 
persendirian berlabuh.

di Langkawi Geo Park.
Haa...kat sinilah kalau sapa-sapa nak
naik Cabel Car dan Oriental Village....ala-ala
macam kat Jepun gitu tempat ni!



Destinasi seterusnya kami ke
Taman Buaya Langkawi.
kami tak masuk pun hanya sekadar
bergambar kenang-kenangan



Ok...destinasi seterusnya kami ke Pantai Pasir Hitam.
eeemmmm.... nama je pasir hitam....
tapi pasir dah jadi putih!!!!
mungkin itu lagenda sahaja.


dan ini juga di Pantai Pasir Hitam


ok.....cerita seterusnya kita sambung kat entry akan
datang ya...bye!








0
Komen

Pulau Singa Besar

Eagle Feeding  ni selalunya dilakukan dikawasan
persekitaran Pulau Singa Besar.  
Ini adalah kawasan peliharaan yang
dijaga dibawah Jabatah Perhilitan Langkawi.
Kiranya binatang terkawal lah.


kalau nak bagi makan kita boleh lah bawa ayam 
atau daging...sure banyak yang akan
mendarat di atas bot kita....
cuba lah!!!


memang terbaekkkk kan!!!!!
0
Komen

Pulau Beras Basah, Langkawi

Ok...kali ni setelah puas bermain air di 
Tasek Dayang Bunting.....kami meneruskan 
perjalanan ke Pulau Beras Basah..
Kat sini pemandangan memang sangat cantik
dah menarik.....jom layan gambar ni......


cuba tengok ini pula....pasti lepas ni
korang semua yang dah baca blog ni sure akan 
termimpi2 tempat ni kan!!!!


pemandu bot tinggalkan kami 1 jam sahaja.
so...main lah puas-puas....mandilah puas-puas
sebab nya lepas ini kalau nak 
mai lagi....kena lah set hari lain pulakannnn!!!
Bukan senang nak mai sini......
kena plan baguihhhh punya....kena ada budget sket..
barulah seronok kannn!!!
jom tengok ini pula...


camna.....cantik tak pemandangan kat sini????
jomlah...mai Langkawi.

0
Komen

Tasek Dayang Bunting

sebenarnya ada cerita disebalik nama
Tasek Dayang Bunting .....
Lebih kurang kisah orang bunian dengan orang bunian..
Tapi tak kisahlahkan......
kalau tengok pada tempat......
masya allah...cantik gilerrrrr.
Cetengok ni......


tengok ni pula........


camna....cantik tak?????
rasanya rugi lah kalau dah mai Langkawi
tak singgah tempat2 camni....

Kat sini kita boleh tengok dengan lebih dekat
burung helang.  Punyalah banyakkkkkk....
tapi yang ini spesis jinak.....
so... tak perlu takut.


haaaa......camna...cantik kan!!!!!

12 December 2011

0
Komen

langkawi oh Langkawi - day 2

Island Hopping

Hari kedua kami mengambil pakej Island Hopping.
Pakej menjelajah 3 pulau selama 4 jam.
Tasek Dayang Bunting, Pulau Beras Basah,
dan Pulau Singa Besar.


haaaa....cetengok gambar kat atas ni...best kan.  
Budak2 cukup suka naik bot.  Laju giler bot ni!!!!!!
eeeee...dlm hati....takut gak..
takut bot ni karam...na'uzubillah.
selamat sampai di Tasek Dayang Bunting.
Ya allah pemandangan.....
tersangatlah cantik!!!!


0
Komen

Langkawi oh Langkawi - day 1


Wah...kali ni percutian yang memang aku rancang
pada  musim cuti sekolah ni. 
 Sememangnya aku dah terlalu lama tidak ke Langkawi.
Rasanya hampir 5 tahun. 
 Emmm...nama je tinggal di kedah...baik Langkawi ataupun
 Bukit Kayu Hitam pun aku jarang sampai. 
 Huh...ini lah orang kata 'kuman diseberang nampak,
 gajah  didepan mata tak nampak"
eh...betul ke apa aku tulis ni.
  Macam itu lah adat dunia kan.


Ok kali ni aku merancang membawa anak2 ke
 Langkawi kebetulan  LIMA'11 sedang berjalan.
Tepat sangatlah perancangan aku ni.
  Selalunya kalau nak jalan-jalan ni.........
.aku yang membuat cadangan, 
perancangan, budget dan segala mak
 nenek yang  perlu difikirkan.
 Dari makan, pakai, tempat tinggal 
dan shopping...dan tak lupa juga
 jadual waktu...cehhhh!!! 
untuk aktiviti disana untuk mengelakkan
boring dan  untuk mengisi
masa lapang sewaktu disana.


Anak2 jangan cakaplah....punyalah tak sabar.  
Sibuk tanya itu ini sampai aku sendiri
 tak larat nak jawap soalan2 yang keluar
dari mulut depa ni. 
Dari yang kecik sampai yang besar semuanya
 tanya macam2 soalan...
nampak sangat ghairah nak ke sana....
tak sabar-sabar katakan.


8 Dis 2011 saat yang ditunggu-tunggu.  
Waktu ni aku masih lagi ke pejabat untuk
 menyiapkan kerja. Nak cuti pun...kerja perlu
dibereskan!!!!!!!!
Sebenarnya malam tu, aku dah kemas
beg baju yang perlu dibawa. 
Kena pandai-pandai budget baju...
kalau tak jenuh  berbeg-beglah kami nak jinjing. 
Yang pasti...satu beg besor...satu beg bimbit....
kerja-kerja mengangkut adalah kerja orang lelaki.  
Untuk orang perempuan....aku minta depa pastikan
 rumah kemas sebelum keluar. 
Ya lah kan....nanti bila balik tak lah teruk
 nak kemas rumah kan.
Lagi pun time2 cam ni lah kalau bagi arahan
sure depa ikut kan!!!!!

Perjalanan ke Jetty Kuala Kedah mengambil masa 45 minit
dari rumah.  Kalut gak aku...mana tak nya
bot kami pukul 4.30 petang. 
 Disebabkan kelam kabut dan salah timing...
kami keluar rumah jam 3.45 ptg....
so cuma ada lebih kurang 55 minit untuk
sampai  di Jetty Kuala Kedah.
 Untuk mengelakkan kelewatan, 
kami terpaksa mengambil jalan highway untuk elak
traffic jam  sebab waktu ni
Kedah setengah hari bekerja. 
 So cepat sikit sampai.  Tepat jam 4.15 ptg...
kami sampai di Jetty Kuala Kedah
.  mak aiii!!!! ramai giler orang waktu ni....
dah lah tadi nak cari parking punyalah payah...
kami tibai je tempat parking walaupun mahal...
berbumbung RM 20 henggit semalam...
dah lah tu parking bumbung zink je...aaaaahhhhh....
depa ambil kesempatan sungguh. 
Ok.....ini ada sekeping gambar lama  dari Jetty
yang ada dalam simpana aku.


Dalam keadaan kelam kabut keluar rumah tadi sampailah
 naik ferry...aku tak sempat nak snap
 sekeping gambar pun. Nak makan pun tak sempat.
naik bot selama 2 jam...
dlm keadaan lapar dan perut berbunyi...
nak tidur tak boleh.....
 Mana bising dengan bunyi enjin....
pas tu pula bunyi bising suara2
 sumbang dalam ferry pula...aaaaahhrrrg!!!!
tensionnyaaaaaa!!!!!.

 Tepat jam 6.00 petang, kami sampai di Jetty Langkawi.  
Berhenti sembahyang dulu....takut tak sempat.  
Lagipun Langkawi masuk magrib jam 7.05 mlm. 
So...."Sembahyang lah anda sebelum anda disembahyangkan"....hehehehehehe!

Nasib baik kawan suami baik hati bagi pinjam kereta. 
 Entah free entah kena bayar sikit...
hubby tak cakap pun.... 
alahai kereta dah nak pendek umur...
tapi tak apalah janji dapat
bergerak...hehhehehehe!
 lebih kurang pukul  Pukul 7.30mlm
 kami bertolak ke Kedawang.
 Oh lupa pula nak habaq....kami menginap
 di Quaters Guru Kedawang. 
 Heheheh....tumpang free atau kena bayar
aku tak pasti sebab rumah anak
 menakan suami ku.
Yalah kan... bukan aku tak tau
 suami ku ni jenis baik hati...tak kan nak duduk
 free kan...sure dia hulur2 gak tu duit!!!!
tak apalah.  yang pasti kami akan bergembira di Langkawi.



Seperti yang telah aku janjikan pada anak2ku, hari pertama
 aku dan suami akan membawa mereka ke pameran LIMA'11. 
 Anak2 dok tanya.....'mama LIMA tu apa?'......
jenuh gak lah aku kena explain kat depa dengan panjang lebar.  
LIMA untuk pameran udara berlansung di Langkawi international Airport
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. 
 Selepas berserapan pagi, kami terus ke kawasan pameran.  
Yuran masuk ke ruang legar pameran RM 10.00 untuk dewasa
 manakala untuk kanak-kanak aku tak perlu bayar. 
 Tak pasti kenapa...mungkin cuti sekolah so nak bagi 
peluang pada budak2 sekolah kot. Keadaan yang bersesak-sesak,
 bertolak-tolak dengan panas terik....tetapi pengunjung tetap berpusu-pusu!!

Aku amat seronok bila tengok anak2 seronok.  
Dapat lah depa tengok kapal terbang dan kapal perang
sebenar di sana. Bermacam-macam jenis kapal terbang yang
 di pamerkan untuk tontonan orang ramai.  
Aku rasa hanya disini sahajalah tempat yang kita
boleh tengokkan....selain itu dalam tv ajelah.
  Bagi aku kalau korang ada masalah pendengaran....
baik jangan datang.   ataupun ada masalah sakit gigi....
sebabnya  bunyi bingit dan bising....mak aiii...
boleh pecah kepala.  Kami di sini selama 1jam 45 minit. 


Saat yang ditunggu-tunggu oleh budak2.....mandi laut! 
 Kami memilih pantai yang berdekatan dengan Delta Motel di pantai Chenang. 
 Tempat yang sangat menarik. 
 Parking pun mudah apatah lagi tempat makan. 
 Ramai juga pengunjung pantai dari berbagai lapisan.
 Apalagi...mandi..dan mandi dan mandi.....!!!





huh....selagi ada peluang berposing.......
depa semua suka berposing...termasuklah
abah yang dok tak mau 
mandi.....nak tidoq lah kononnya......!!!

ok...entry seterusnya aku sambung di lain episod ya.....



03 December 2011

0
Komen

Kuala Lumpur - 2 Dec 2011

Semalam aku terima SMS dari agen rumah ku di KL. Terkejut gak... apahal lah pula dia suruh aku ke KL. Maklumlah aku sebenarnya malas nak ke KL. Kalau tak ada tujuan yang penting. Untuk pengetahuan anda sekarang ni saya dok kalut nak cari penyewa sebab rumah ni dah dekat 8 bulan kosong dan terpaksa menanggung began nak tanggung 2 rumah.

Aku terus menghubungi suami untuk membeli tiket bas. Ahhhh...bestnya pi KL naik bas. Lama mana dah aku tak naik bas, aku pun tak ingat. Tapi yang pasti malam ni aku dan suami akan naik bas juga. Eeemmmm.... Lepaskan gian.... Hehehe!!!!

Setelah mengemas pakaian, aku menghantar anak2 balik ke kampung atok depa. Tak berani lah pula aku nak tinggalkan depa sendirian. Takut jadi apa2 menyesal tak guna... Betul tak??? Lebih kurang pukul 10.30 mlm bang chaq menghantar kami ke stesen bas Tanah Merah, Jitra. Tepat jam 11.00 mlm bas bertolak ke Hentian Sahab Perdana untuk mengutip penumpang yang seterusnya. Aku waktu tu tak sedar dah lah....zzzzzzzzzz

Sampai di Pudu Raya lebih kurang jam 6.30 am. Kelam kabut nak ligan waktu subuh takut tak sempat. Maklumlah nak kena naik tingkat 2 tu sebabnya surau terletak di Tingkat 2 Pudu Raya. Wah.....aku terkejut dengan perubahan yang terjadi di Pudu raya.... cuba tengok gambar ni...

Haaa...ni lah dua gambar yang sempat aku ambil dalam kelam kabut nak pi ke surau tadi...cantik kan...nampak kemas dan menarik!!!!! tak rugi lah kalau datang KL naik bas pun...ya lah dahlah bas cantik Pudu Raya cantik...memang supeb!!!!

Sebelum meneruskan perjalanan ke Puchong, aku dan suami sempat sarapan di Mc Donald. Biasalah dah perut melayu.....mana nak kenyang...makan burger kan.....kami terpaksa cari juga nasi lemak untuk tambah kepuasan...ceh.....yang sebonar aaae...den lapor!!!!!.

Aku ke Puchong naik bas...RM 3 sorang. Kita jimatlah compare naik keta kan....yang pasti tak penat. Perjalanan ambil masa 30 minit je untuk ke Puchong. Lebih kurang pukul 9.00 am kami sampai di rumah ku. Wah....nampak bersih setelah di cat dan di bersihkan. eeemmm...bukan free nak bersihkan tu.....kena bayar lah kat agen aku tu... nak buat camna...nak harapkan aku yang duduk Alor Setar ni.....mana nak dan!!!!

ok...cuba tengok gambar ni aku ambil dalam bas. keadaan yang tidak lah sesak sangat kan....sekali sekala naik bas awam....berbagaipengalaman dapat kita pelajari.  Lebih kurang pukul 2.30pm usuran kami selesai.  Alhamdulillah segala2 nya selesai dan aku harap tenant yang nak sewa rumah aku ni dapat menjaga rumah ku sebaik mungkin.  Aku mungkin tidak akan meletakan harapa n yang tinggi pada tenant baru ni...tapi.....apa yang perlu aku buat kan....selain berserah kepada allah.

Setelah segala urusan selesai, kami terus ke Pudu Raya untuk balik ke Alor Setar.  Tak sempat nak menikmati keindahan KL...sebabnya kami perlu balik segera ke Alor Setar untuk menghadiri jamuan kenduri kawin anak sepupu suami ku.   Keadaan cuaca di KL hujan lebat yang tidak berhenti sejak kami bertolak jam 4 ptg hinggalah kami berhenti rehat di Bukit Gantang jam 8.30 mlm.   Keadaan memang sejuk dan boring.  Nasib baik driver pasang astro dlm bas...so tak lah boring kan.  Apa lagi layan                                                 .

Sampai di Tanah Merah Jitra pada jam 12.00 malam.  Abang chaq yang ambil kami....kalau tidak alamak menapak sampai ke rumah mak mertua aku tu....waduh..waduh..waduh....!!!!  anak2 tidak tidur lagi kerana menunggu kami.  Sebenarnya dok tunggu buah tangan yang di pesan berkali-kali dalam talipon......jam dah pukul 1.00 pagi.  aku dan suami terus mengambil kereta untuk pulang kerumah.

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com