12 February 2012

0
Komen

15 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak.





"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumahseperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber: diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa.


Saya tertarik dengan info ni, so saya kongsi untuk anda.  Banyak yang boleh dapat disini
0
Komen

Info penting mengenai Israk Mikraj

Apakah yang anda tahu tentang Israk Mikraj? Bilakah Israk Mikraj berlaku? Apakah hikmah-hikmah pengajaran disebalik peristiwa yang sangat penting ini?
Kalau anda ditanya dengan soalan-soalan diatas tu, mampukah anda menjawab @ menerangkannya dengan baik? Atau anda langsung tidak tahu apa itu Israk Mikraj?
Saya yakin, masih ramai lagi diantara kita yang masih kurang memahami peristiwa ini dengan baik. Malah mungkin ada yang hanya pernah dengar saja tentang Israk Mikraj. Sedangkan isi-isi penting atau perkara-perkara penting yang ada dalam peristiwa ini langsung dia tak tahu.
Jadi, dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang rentetan peristiwa Israk Mikraj ini. Baca, fahami dan selami lah peristiwa ini dengan penuh penghayatan. InsyaAllah kita pasti akan dapat manfaatnya. 
0
Komen

Say no to Velentine Day



haaa.....jangan memandai pula nak celebrate hari tu ya ....orang islam dilarang sambut tau!











  1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
  2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
  3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
  4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.
  5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
  6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
  7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
  8. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
  9. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
  10. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
  11. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.
  12. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya… Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
  13. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
  14. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
  15. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.
  16. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
  17. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung..
  18. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
  19. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
  20. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
  21. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.
  22. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
  23. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .
  24. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
  25. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
  26. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
  27. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
  28. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
  29. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
  30. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
  31. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
  32. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
  33. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
  34. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.
  35. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
  36. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
  37. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
  38. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…
  39. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
saya dapat info ni sini

11 February 2012

0
Komen

Deco-Deco Bersama Tuan Rumah


Jumpa lagi kita....nak tulis apa ya....eemmm....apa kata akak cerita berkenaan kemas mengemas rumah kali ini.  Nak kata kan hobi pun tidak juga...tapi boleh lah kalau dah tak ada kerja sangat nak buat...kemas rumah, tukar kedudukan perabut(ceh...macam erik lah pula)!!!!!

Kalau ikutkan...kedudukan perabut ni dah lama tak diubah...entah macamana hubby tetiba ajak tukar kedudukan perabut kali ini....!!!!!  trangggg.....macamana kedudukan perabut sekarang....alamakkkkk ok ke takkkk???? macam kedai kedai perabut aje aku tengok...hehehe 

Konsep rumah ku ni kayu....so kena nampak lapang sikit supaya nampak luas.......luas ke???? korang tengoklah gambar ni pastu komen ya...manalah tau...idea korang yang bernas tu boleh jadi panduan!





Ini  adalah dari sudut yang berbeza.  Haaaa....camna....ada komen?????
0
Komen

Cempedak Goreng


Aloha....pagi tadi akak dan masak cempedak goreng untuk breakfast anak2 nak pi sekolah.  Kali ni tak guna tepung segera....cuba guna banduhan sendiri...hehehe resepi biasa je...tapi boleh lah untuk dimakan...heheheh

Cempedak Goreng

Buah cempedak
5 sudu tepung beras + 1 sudu tepung ubi (untuk merangupkan hasil gorengan)
air (agak2 je)
minyak untuk mengoreng

caranya:
Mula-mula...kupas dulu kulit cempedak tu...hehehe
bancuh kedua2 tepung dengan air tambahkan sedikit garam.
bila dah sederhana likat...haaa...apalagi..celup cempedak dan terus goreng.
Ha...jangan lupa pula...boleh lah panaskan minyak waktu anda tengah
bancuh tepungt tadi tu ya!!!
siap untuk dihidang. 


p/s: sangat sesuai untuk dihidang waktu breakfast atau pun minum petang. tak yahlah pi beli kat kedai...takut tak bersih dan tak selamat!!!! 

selamat mencuba.


0
Komen

Nak Masak Apa Ya Hari Ini


Aloha....hari ini hari sabtu...anak2 tak ada dirumah.  Sukan 1 Malaysia.  Haaaa.....apa lagi....aku dan lan nak berblog sat....hehehe.  Rasanya puas kepala ni pikiaq, nak masak apa hari ni.  Ya lah kan tiap2 hari ayam boring juga.  Anak2 aku tak apa hali-hali ayam depa lagi tak kisah.  aku lah pula tak lalu nak telan.

Trengggg......aku buka peti ais.....ada ikan dan udang....eeemmm....sambal tumis udang dan petai...kelas gitu!!!.  Ayam...???? masak asam rebus masuk tak??? sayur pula???? amacam buat sayur campur aje orait kottt!!!!
Hahaha...aku sempat lagi ambil gambar udang dan ikan tengah defrost cara mak aku dulu-dulu....jimat karen lah kata kan!


amacam.....nak resepi tak???? selalunya  saya akan rujuk resepi kat sini.  Cakap aje nak resepi apa...semua ada.  camna......try jangan tak try !!!!!

09 February 2012

0
Komen

Panggilan Dinihari........


Shukur alhamdulillah...pagi jam 5.50am terima call dari anak 
sulung aku yang duduk di asrama ASTECH.  Rindunya pada 
dia tuhan aje lah yang tahu.  Sejak anak ku masuk asrama...
aku terasa seperti kehilangan lah pula...ya lah kan selama ni tak 
pernah pun berpisah lama-lama.  Tapi tak apa..aku redha demi 
untuk menuntut ilmu, kita perlu berkorban.

Minggu ni kakak tak dapat balik....sibuk lah tu.  Lagipun sejak sebulan 
duduk di ASTECH dia tiap2 minggu balik memandangkan banyak
 public holiday waktu tu.  Tak apa kakak... tak balik pun tak apa 
asalkan kakak dapat menumpukan pelajaran di sana.  Mama berdoa
 semoga cita-cita kakak nak jadi doktor tu tercapai.

tak kesahlah kakak nak jadi doktor apa pun...
asalkan jangan jadi 'doktor cinta ' sudahlah!!!!





08 February 2012

0
Komen

Nak pi buat umrah.

Ya allah....shukur alhamdulillah...akhirnya hajat aku bakal termakbul juga untuk mengerjakan umrah pada musih cuti sekolah ini.  Ya allah kau permudahkan lah segala urusan ku.  Makbulkan lah doa ku untuk sampai kesana.  Kerana sesungguhnya hati ini amat rindu untuk datang ke sana.

Sesungguhnya hati ini tergerak untuk kesana  pada tahun 2009 selepas suami ku balik dari mengerjakan umrah.  Nak ajak kawan2 waktu tu depa semua dah ada komitmen lain so...terpaksalah aku pendamkan hasrat di hati.  Entah kenapa...minggu lepas sahabat ku menalipon bertanyakan tentang umrah...aku bagai orang mengantuk disorongkan bantal...terus menalipon suami untuk minta kebenaran.  Alhamdulillah..suami tidak membantah.

Kali ni giliran aku pula.  So... giliran suami pula untuk menjaga anak2 ku sementara aku di sana nanti.
Ya allah...semoga impian menjadi kenyataan.  Ya allah kau permudahkan segala urusan ku.  Hindarkan aku dari perkara2 yang tidak diingini.


insya allah...aku akan cuba memperbaiki diri dan belajar serba sedikit untuk aku jadikan panduan dan bekalan sewaktu di sana nanti.

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com