26 October 2011

0
Komen

Bercuti lagi.....

Sempena cuti Depavali aku bercadang menziarahi kedua orang tua ku di Gombak.  Rasanya kali terakhir aku menziarahi depa adalah pada bulan Mei yang lalu.  Manakala ibubapa ku datang menziarahi kami sekeluarga pada Hari Raya ke 4 yang lalu.  Walaubagaimanapun percutian ibubapaku tidak lah lama kerana hanya sempat menetap 3 hari dan terpaksa kalut balik semula ke Kuala Lumpur kerana terdapat masalah teknikal.

Perjalana kami ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 10 jam memandangkan kami bertolak dari Kepala Batas, Kedah  pada pukul 12 malam dan berhenti beberapa kali di RnR untuk menghilangkan keletihan. Alangkah bahagiannya memandu di tengah malam.  Ya lah kan tak perlu bersaing dengan kereta yang lain.  Diatas jalan kita sorang2 je bawa ketakan....kalau nak speed pun boleh juga waktu tu....bebas dari road block..hehehehe.  Pada jam 3 pagi kami sampai di RnR Tapak dan mengambil keputusan berhenti tidur.  Alahai...mata ni dah tak tahan untuk memandu.  Aku bergilir dengan suami membawa kereta.  Penat dan mengantuk tak terkata....letak2 kepala....terus tersedar 2 jam kemudian.  Itu pun terjaga sebab dah masuk subuh.
haaaa.....tengoklah ramai gak yang berhenti tidur di RnR.  So...tak lah takut sangat kan.  

Perjalanan kami diteruskan lagi  menuju ke Kuala Lumpur dan kami berhenti sarapan di gombar lebih kurang 1km lagi untuk sampai di rumah ibuku.  Sengaja kami berhenti sarapan kerana tidak mahu menyusahkan ibu ku yang keadaannya tidak lah begitu sihat.  orang yang paling gembira sekali apabila sampai adalah anak2 ku.  Bukannya aku tak tau.....ibubapaku tinggal di Kondominium. So tentulah ada kemudahan kolam mandi kan.  itulah masa yang ditunggu- tunggu oleh anakku.

Selepas beberapa minit bersembang dengan orang tua, aku menyambung tidur ku yang masih berbaki.  Ahhh...tak dapat digambarkan dengan kata-kata2 betapa syoknya dapat tilam dan bantal.  Lebih kurang 2 jam jugalah aku tidur tanpa di ganggu.  Tepat jam  10 pagi aku dan suami membawa anak2 mandi di kolam.  aku pun tidak melepaskan peluang dengan mandi bersama-sama mereka.


Pertama kali menjejaki kaki ke i City, Shah Alam.  Keadaan hari hujan yang tidak berkesudahan.... kami tetap meneruskan perjalanan.  Singgah di Masjid Negeri, Shah Alam untuk sembahyang magrib.  Kami terus ke i-City. Setelah puas bertanya...barulah kami dapat direction yang betul untuk kesana.  bayaran yang dikenakan RM10 untuk sebuah kereta.  Orang ramai sungguh....hingga nak cari parking pun susah....tapi kalau dah rezeki tu...tak k emana kan.  Lawatan ke i-City kami hanya membawa ibuku sahaja kerana ayahku lebih rela duduk dirumah.  Yalahkan....nak berjalan tu jauh juga tu!!!!!


Kenangan di i-city memang seronok.  Terutama untuk budak-budak...mereka betul-betul enjoy sekali.  Rasanya tak sia-sia  kami datang ke sini.  Hampir keseluruhan tempat kami dah melawat.  Cuma satu  tempat yang kami tak masuk iaitu...rumah ice.  Alamakkkkk.......harga tiket mahal lah...dewasa aje dah RM 35 satu kami ada 4 dewasa dan 4 kanak-kanak.....eeemmm....so kami terpaksa membatalkan hasrat untuk masuk dan untuk memujuk anak-anak...aku dan suami membawa mereka makan di Seksyen 2, Shah Alam.


Hari kedua percutian, Inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh kami...percutian di Bukit Tinggi Pahang.  Bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 9.00 pagi dengan membawa berbagai bekalan yang telah disediakan oleh mak pada malam sebelumnya.  Lebih kurang pukul 11.00 pagi kami sampai di Colmar Tropicale.  Pertama kali sampai...tersesat jugalah.  Actually tak tau pun ada pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak resort.  Keadaan yang berbukit-bukau membuatkan kami keletihan dan kelaparan.  Walaubagaimanapun kat sini memang terhibur dengan suasana yang cukup damai.  Berbagai gambar di abadikan untuk buat tatapan anda.
lihatlah gambar-gambar yang sempat diambil.....

Inilah French-Styled Colmar Tropicale


 di  French-Style Colmar Tropicale, pengangkutan disediakan


 Botanical Garden


Di Japanese House 


Swan's Lake 


Haaa....puas hati dapat bawa balik 2 ekor bear ni!!! 


Di Ladang Rabbit 


! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com