22 December 2012

0
Komen

Cuti-cuti Malaysia 2012 Part 1 - Kelantan Darul Naim

Alahaiii...tahun ni dah plan nak gi bercuti belah Pantai Timur pula.  Asyik-asyik ke selatan....boring juga kan! Sebenarnya plan dah buat lama dah....sebaik sahaja hero ku mendapat result UPSR....persediaan dah buat sikit-sikit.  hehehehe....bukan apa pun....just buat tempahan bilik dan buat budget sikit!
OK....Pantai Timur????? kemana lagi kalau bukan ke Kelantan, Trengganu dan Kuantan, Pahang.  Banyak juga tempat2 menarik yang dah didalam list.....kelas gitu!!!!!  Jom... kita mulakan dengan Negeri Cik Siti Wan Kembang dulu ya....
  
Hari Pertama - 21/12/2012
Hari yang sangat baik untuk ke negeri Tuan Guru Nik Aziz....bertolak hari jumaat pagi.  Plan awal nak bertolak pukul 5.00am....cehhhhh....5.00 am baru nak bangun!!!!!  Gedebak gedebuk...kejut kan anak2 untuk bersiap.....buat apa yang patut dan kemas apa yang perlu...tepat jam 7.00am bertolak dari rumah.  Tak perlu tergesa-gesa....drive dengan biasa-biasa aje melalui Gurun dan terus ke Grik, Perak.  Cuaca pun macam merestui perjalanan kami.  Anak-anak pun nampak happy dan seronok.  Sepanjang perjalanan  anak2 buat hal masing-masing untuk mengisi kebosanan dalam perjalanan.

Lebih kurang 2 jam drive kami sampai di Simpang  Pengkalan Hulu untuk  menikmati sarapan pagi.  Terdapat satu-satunya kedai makan yang agak2 ok di situ.  Kedaia mamak....so hidangan pun ala-ala mamak gitu.......boleh lah..untuk alas perut lah katakan.  Lebih kurang sejam dari Pengkalan Hulu kami singgah di satu kedai membelakangi Banajaran Titiwangsa.  Fulamakkkkk.....selama ni kita dok sebut aje kan.  Banjaran yang paling tinggi di Malaysia....lain kali kalau u all semua nak ke Kelantan...jangan lupa singgah ya.  Ambil gambar untuk kenang-kenangan!!!

Meneruskan perjalanan ke Tasik Banding   Ini adalah laluan utama untuk ke Pantai Timur.  Sempat lah juga ambil gambar gambar tapi tak turun hanya ambil gambar dalam kereta aje.  Sebuah tasik yang sangat cantik dan luas mata memandang.  Ramai pelancong akan berhenti disini untuk berehat dan menikmati makanan.  Kalau tak silap harga resort disini boleh tahan juga mahal nya.  Apa2 pun pilihan masing-masing lah ya.  Kalau nak memancing pun tak jadi hal disini.  Terdapat kawasan memancing juga disediakan.

Nak di jadikan cerita, kami terlanggart lopak air yang besar dan dalam.  Tayar menjadi kembung dan rasanya benang dalam tayar tu pun putuh kotttt!!!  terpaksa cari kedai tayar untuk repair.  Masalahnya hari Jumaat Kelantan cuti...susah juga nak cari kedai tayar.  Sewaktu melalui perjalanan ke Rantau Panjang...ada satu kedai tayar yang masih buka walau pun waktu tu sembahyang jumaat hampir nak mula....."hohoho...sure mamat ini tak sembahyang jumaat!!!!" gesa hati ni.  Ada aku kesah.....janji tayar kereta dapat ditukar dan kami dapat meneruskan perjalanan kan.
Heheheh....aku tak perlu cerita detail apa yang terjadi sepanjang perjalanan ke Kota Bharu nanti tak cukup 3 hari 3 malam aku menulis.....hehehehe!!!!  Setelah 6 jam drive......kami sampai di Hotel Harmoni Kota Bharu jam 330 petang.  Lepas check in....terus kami ke Pasar Siti Khadijah untuk makan tengah hari....wah waktu tu dah masuk jam 4 petang.....perut keroncong gila!!!!  hidanglah apa aje.....memang habis!!!!
menikmati lunch di Pasar Siti Khadijah

13 December 2012

0
Komen

Bubur Asyura

Emmm.....rasanya lama dah tak menulis ni....sibuk dengan perbagai kerja yang tak akan habis sampai bila-bila pun.  Hari ini aku terfikir untuk menulis cerita tentang sahabat2 di opis memasak bubur asyura. Rasanya aktiviti ini telah diamalkan setiap tahun oleh rakan pejabat.  Masak beramai-ramai lebih memeriahkan lagi suasana.  Riuh rendah bagai kan tak terkata.  Kadang-kadang aktiviti seperti ini boleh memeriahkan suasan pejabat dan disamping itu boleh menambahkan kemesraan di kalangan kakitangan.

kacau jangan tak kacau....silap haribulan boleh tercabut tangan ni!!!

kacau jangan tak kacau....

ahli wanita sedang sibuk membuat persiapan....
dah masak...kena lah rasakan takut tak sedap pula!!!

Traaaa....ini lah dia bubur asyura yang telah siap dimasak dan ready untuk di agihkan kepada kawan-kawan....

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com