18 July 2012

3
Komen

Lyssa yang comel dan rajin!!!!!


lyssasecret.com

Ha...setiap kali aku buka blog.....blog .lyssasecret.com pasti jadi mangsa aku. alahai cik adik lyssasecret.com awat nya yang rajin sangat update blog ni ya.  Tapi makasih lah juga pada Lyssa sebab dengan kerajinan dia lah banyak blogger2 yang amik idea dia untuk cantik kan blog.  Keep it up Lyssa.

Lyssasecret.com juga kena studi sikit ya....nape ada beberapa tutorial Lyssa tak menjadi???  haaaa....ini mesti mood waktu buat tuto tak konsisten kan!!!!  jeles gak dengan Lyssa ni.....umuq baru 20 an.....blog dia...fuuuuuh!!!! cetengok pengikut dia berapa ramai.....kretif 2x.

Blog aku.....????? alahai....follow lah....comment lah....ceh...tak malu kan.  Tapi betul gak...kalau hampa tak komen camna lah tuan blog nak tau hampa baca atau dak??????  betul tak?????

antara blog2 yang rating tinggi:

Santai bersama benashaari

fizgraphic.com

yuyuzulaika

ini sebahagian aje tau!!!

17 July 2012

0
Komen

Salam Ramadhan


Tinggal beberapa hari saja lagi...seluruh umat islam didunia ni  akan menyambut Ramadhan Almubarak.  Semoga kita semua berpeluang untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan.  Sama-samalah kita berdoa agar dibulan yang mulia ini kita dimurahkan rezeki, di permudahkan segala urusan dan sekaligun diberi kesihatan yang baik untuk kita dapat menjalankan ibadah puasa ini dengan penuh tawaduk.

Sekurang2nya kita berpuasa ni dapat menginsafkan diri dan menyucikan hati yang mana2 tak bersih....heheheh. Saya juga ingin mengambil kesempatan mohon ampun dan maaf sekiranya coretan ini banyak menyinggung perasaan pembaca.  Juga mohon halal mana2 cerita yang tercopy atau pun gambar2 yang diambil dulu baru minta share...hehehe


16 July 2012

0
Komen

Jangan Malas tau!!!


Haaaaa.....hari ini hari Isnin.  Orang kata apa...'Monday Blues" wah..wah...sedap korang je kata monday blues ya.....ni mesti kes segan nak pi pejabat kan.  Jangan malas2 ya kawan....cari rezeki tu kan satu ibadah.  Haaaa bila kata ibadah....sure dapat pahala kan.

Besalah tu malassssss....dah cuti 2 hari.....syiok duk rumah lagi kan.....tetiba pagi tu nak kena bangun awal!!!!  ishhhh.....3x mau tak liat bangun.  Ha ha ha aku pun cam tu lah.....bangun seawal jam 5.00 pg....konon lah tu....kekadang bangun jam 5.45 pagi....jam tu kelam kabut lah.... mana nak gosok baju sekolah anak2....fuhhhh!!!! tiap2 pagi.....5 hari seminggu camtu lah hari aku....kelam kabut.....rasanya kalau nak berehat pun waktu kat pejabat lah....memang santai......kena plak kalau boss tak ambil kesah apa yang aku buat kan!!!!  internet tu hari 2x lah dok mengadap....hehehehehehe......boss...jangan mare aaaaaaar!

oklah....melalut plak aku ni....ni aku nak bagi doa supaya tidak malas nak buat kerja.  Tak kisahlah buat kerja apa pun.  Baca doa ni banyak2x ya...semoga hidup kita diberkati....amin.


0
Komen

Breakfast sorang-sorang


Pagi ni dan pagi seterusnya aku terpaksalah breakfast sorang2.  Mana tak nya selama dok breasfast dengan kawan.  Dia dah di tukarkan ke Negeri P.  Hu..hu..hu...boring lah juga makan sorang2 ni.....silap-silap haribulan aku puasa ajelah jawabnya.  Nak pi makan kat kantin PTG tu alahai....seganlah pula.....nak pi makan kat tempat lain....jauhlah pula.....

Betul lah kata orang....kita akan rasa kehilangan bila seseorang tu dah tak ada dengan kita kan.  Memanglah...waktu bersama kita tak pernah nak appreciate kawan, sebabnya kita ego!!!!!!..








12 July 2012



bighandesign blog: 20 Tutorial Photoshop Teks yang Mudah


Tu diaaaa.......tutorial percuma yang kita boleh ikut kat blog
diatas....jom kredit kat blog tersebut.  Semoga ilmu yang 
disampaikan dapat dimunafaatkan.













0
Komen

La Tahzan (Don't Be Sad)





Janganlah berduka cita kerana orang yang sering berduka cita maknanya tidak bersyukur dengan allah.
ok...disini saya nak bagi kaedah menuju bahagia. (sebahagian dari petikan dlm buku diatas di muka surat 148).  Kalau anda sume nak baca buku ni boleh dapat di mana2 kedai buku....ceh..ceh..ceh...promot lah pula.  Ok...kaedah2 nya adalah:-

  1. insaflah...jika anda tidak hidup dengan sempurna, maka terpecahlah fikiran anda, maksudnya akan kacau semua urusan dan semakin bertambah kesedihan.
  2. Lupakan masa lalu dan semua yang sudah berlalu kerana mengingati perkara yang lalu merupakan kebodohan semata-mata.
  3. jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib.
  4. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan.  Jadilah orang yang penuh dengan pendirian.
  5. Berimanlah kepada allah, dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.
  6. Sesiapa yang mengkehendaki ketenangan, kedamaian dan kesenangan banyakkan lah berzikir kepada allah.
  7. Ingatlah tiap2 satu kejadian adalah dengan kada' dan kadarnya.
  8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.
  9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan yang buruk.
  10. Berfikirlah dengan nikmat lalu bersyukurlah.
haaa....itu baru sebahagian tau...banyak lagi dlm buku ni yang  perlu dibaca. insya allah.....kesedihan akan terubat.


serahkan semuanya pada allah...insya allah.



0
Komen

Selamat Tinggal Teman.


Ok...sekarang masih lagi pukul 7.54 pagi.  Masih awal lagi untuk menyibukkan diri untuk jamuan perpisahan teman sepejabat.  Huk...huk...sedih lah juga dia nak pegi ni...bukan apa...selama ini pun aku bergerak kemana-mana dengan dia...breakfast ke...jamuan kenduri kawin ke...hatta pi ziarah orang sakit (teman2 pejabatlah..) pun dengan dia...so mau tak sedih!!!!

Ah...Anna...ko sedih pun dia tetap akan pergi juga....kawan2 pergi dan datang seperti perginya burung2 yang hinggap di dahan...esok ada burung lain pula yang singgah.  Kalau tak.... tak kan lah adanya lagi 'bertemu dan berpisah adat manusia biasa' kan.....biasalah tu!

Camna sekalipun....aku nak ucapkan selamat maju jaya pada dia....semoga berjaya dunia dan akhirat walau diman pun dia berada.  Dipertemukan jodoh yang baik dan dimurahkan rezeki dan di permudahkan segalany.
'Frienship remain and never can end'. ok dear!!!!

ini sekuntum bunga dan kata2 hikmah buat mu


11 July 2012

1
Komen

Sharing is Caring




amalkan lah...insya allah...hidup pasti bahagia.
















0
Komen

Buku oh Buku






Akhirnya...setelah bertanya dimana untuk mendapatkan buku 300 Himpunan Hadis Bimbingan Ke Arah Mencari Redha Allah, aku berjumpa dengan buku ini di kedai buku Popular.  Keluaran Telaga Biru oleh Ustaz Zahazan Mohammed.  

Ustaz Ebit dalam siri ceramah nya ada menyatakan...sekiranya kita membawa hadis nabi ke dalam rumah dan membacanya...seperti alquran, insya allah keberkatan akan terpancar didalam rumah itu.  Apatah lagi kalau mengamalkannya.  Insya allah.

Buku Amalan Di jamin Ke Syurga oleh Rasullullah juga bagi aku menarik.  Penuh dengan penerangan yang mudah di fahami.  Amat sesuai untuk ahli keluarga kita.  Ya lah kan daripada kita membeli cd-cd yang boleh melalaikan, kan elok kalau beli buku ni bagi anak2 kita baca.  Kalau nak bagi hadiah pun boleh terutama pada kawan-kawan.  Kita pun dapat pahala juga kan.  selamat membaca ya.


















1
Komen

Motivasi Pagi oleh Ustaz Ebit Lew




Pagi ni rasanya macam nak cakap bab agama sikit.  Bukan apa...entah kenapa sejak kebelakangan ini hati ku sering megingati mati.  Aku sering terpifir apa yang aku nak jawab di alam barzah nanti disebabkan amalan yang masih banyak lagi yang kurang.  Risau juga bila memikirkan banyaknya dosa-dosa yang telah  maupun aku lalui sejak aku meningkat remaja(baligh lah tu).

Ya allah...panjang kan lau umur ku untuk aku dapat berbuat baik di sepanjang hayat ini ya allha.  Ya allah..terlalu berat ujian dan dugaan mu ya allah.....sesungguhnya aku manusia yang lalai yang ingin menyerahkan diri ini kepada mu.  Panjangkan umur ku kerana aku ingin menebus semula segala dosa yang selama ini telah menenggelamkan hidup ku.

Teman2 sekalian...aku sangat suka dengan radio IKIM.fm.  Dari situ aku berkenalan secara maya dengan ustaz Ebit Lew.  Ya allah...motivasi pagi yang diberi setiap pagi di corong radio adalah peneman ku sewaktu bertolak untuk kepejabat.  

Walaupun tidak lagi keudara...aku sentiasa mendengar berulang2 motivasi dari beliau.  semoga allah melimpahkan ganjaran buat beliau diatas sumbangan ilmu kepada kita semua.  Anda semua boleh cari di You Tube...siri-siri ceramah ustaz Ebit Lew ini.  Disini aku sertakan salah satu ceramah beliau yang memang menarik.






10 July 2012

0
Komen

Luahan Hati





Assalamualaikum....
Aku menulis lagi....luahan hati yang sering resah dan gelisah.  Kalau ikutkan aggrement....kontract for service akan tamat pada hujung December.  Wah...lebih kurang 4 bulan lah lagi....nak kena stand by cari kerja lain ni......tapi....ada kerja ke sekarang ni dengan keadaan ekonomi yang dah tunggang langgang???? Ya allah...sesungguhnya kau mengetahui apa yang  baik untuk ku.  Limpahkan lah rahmatmu dan rezeki mu..amin.




















09 July 2012

0
Komen

Debaran Hujung December




tik..tok..tik..tok....tolak bulan ramadhan ni adalah lebih kurang 4 bulan lagi untuk ke december. Berita penyerapan masih tak dengar lagi pun. Kerja mana2 tak minta pun lagi...dok tunggu je...apa nak jadi sehingga december ni. Tapi dalam hati risau pun ada....ya lah kan dah lama kerja tetiba bulan januari tahun depan kena duduk rumah???? ish3x.... takut nya kalau difikir kan. Budak2 kat pejabat dok tanya soalan bodoh....tak minta mana2 ke? buat apa lepas kontrak habis?...ish...tention pun ada. Kadang2 depa dok bisik2 pun kita dok rasa macam depa dok sembang pasal kontrak kita....semua tetiba tunjuk muka kesian....issssh...boring sungguhlah. Depa ingat kita ni suka ke jadi kontrak!!!!!!!!.......luahan hati yang tengah boring.

Kalau lah aku tahu seksanya menjadi pekerja kontrak...sumpah aku tak akan terlibat...tapi apa kan daya sudah suratan takdir...kita hanya mampu merancang...hanya tuhan mengetahui apa yang lebih baik untuk kita.....sabar ajelah yang jadi peneman sekarang ini.  Kalau didengar cakap2 budak pejabat ini.....mau tention dibuatnya....aaarrrgggg

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com