19 December 2011

0
Komen

Payahnya nak lelapkan mata....


Entah kenapa kadang kala aku
payah untuk melelapkan mata.  Terutama bila
mengingatkan tetamu tak diundang yang pernah masuk ke 
rumahku bulan Mac 2011 yang lalu....

Pertama kali dalam hidup ku....
tetamu tak diundang masuk.....kebetulan nak
dijadikan cerita....aku terlupa untuk mengunci slidding door
pada waktu petangnya.  Ya allah...sikit pun
aku tak terfikir akan slidding yang tidak
berkunci.

Malam kejadian..aku tidur lewat kerana
menemankan anak ku study...
rasanya jam 1.30 pagi...baru aku tertidur.
rasanya aku terkejud bangun jam 2.50 kerana ingin
ingin mengambil phone yang didalam beg
yang aku letak bersebelahan dengan katil ku.

Alangkah terkejutnya aku apabila
aku mendapati beg aku telah tiada....
aku berdebar dan terus mengejudkan suami yang sedang
diulit mimpi....sepantas kilat kami turun kebawah
dan mendapati beg ku ada dibawah dan barang
barang telah berterabur.

Aku melihat kearah tirai slidding door yang 
bergoyang-goyang ditiup angin......
alangkah terkejutnya kami bahawa 
akibat alpa mengunci pindu mengundang
pencuri masuk kerumah.

Nasib baik masuk ketika kami tidak sedar...
syukur alhamdullillah....tiada yang cedera 
melainkan RM 1500.00, I phone dan sonny ericson 
ku yang sempat diambilnya.
Terkilan yang amat sangat....tapi aku pasrah
bukan rezeki kita simpan macam mana pun
pasti hilang juga.....

semenjak hari itulah aku susah untuk melelapkan mata!!!!!


No comments:

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com