Wah...kali ni percutian yang memang aku rancang
pada musim cuti sekolah ni.
Sememangnya aku dah terlalu lama tidak ke Langkawi.
Rasanya hampir 5 tahun.
Emmm...nama je tinggal di kedah...baik
Langkawi ataupun
Huh...ini lah orang kata 'kuman diseberang nampak,
gajah didepan mata tak nampak"
eh...betul ke apa aku tulis ni.
Macam itu lah adat dunia kan.
Ok kali ni aku merancang membawa anak2 ke
Langkawi kebetulan
LIMA'11 sedang berjalan.
Tepat sangatlah perancangan aku ni.
Selalunya kalau nak jalan-jalan ni.........
.aku yang membuat cadangan,
perancangan, budget dan segala mak
nenek yang perlu difikirkan.
Dari makan, pakai, tempat tinggal
dan shopping...dan tak lupa juga
jadual waktu...cehhhh!!!
untuk aktiviti disana untuk mengelakkan
boring dan untuk mengisi
masa lapang sewaktu disana.
Anak2 jangan cakaplah....punyalah tak sabar.
Sibuk tanya itu ini sampai aku sendiri
tak larat nak jawap soalan2 yang keluar
dari mulut depa ni.
Dari yang kecik sampai yang besar semuanya
tanya macam2 soalan...
nampak sangat ghairah nak ke sana....
tak sabar-sabar katakan.
8 Dis 2011 saat yang ditunggu-tunggu.
Waktu ni aku masih lagi ke pejabat untuk
menyiapkan kerja. Nak cuti pun...kerja perlu
dibereskan!!!!!!!!
Sebenarnya malam tu, aku dah kemas
beg baju yang perlu dibawa.
Kena pandai-pandai budget baju...
kalau tak jenuh berbeg-beglah kami nak jinjing.
Yang pasti...satu beg besor...satu beg bimbit....
kerja-kerja mengangkut adalah kerja orang lelaki.
Untuk orang perempuan....aku minta depa pastikan
rumah kemas sebelum keluar.
Ya lah kan....nanti bila balik tak lah teruk
nak kemas rumah kan.
Lagi pun time2 cam ni lah kalau bagi arahan
sure depa ikut kan!!!!!
Perjalanan ke
Jetty Kuala Kedah mengambil masa 45 minit
dari rumah. Kalut gak aku...mana tak nya
bot kami pukul 4.30 petang.
Disebabkan kelam kabut dan salah timing...
kami keluar rumah jam 3.45 ptg....
so cuma ada lebih kurang 55 minit untuk
sampai di
Jetty Kuala Kedah.
Untuk mengelakkan kelewatan,
kami terpaksa mengambil jalan highway untuk elak
traffic jam sebab waktu ni
Kedah setengah hari bekerja.
So cepat sikit sampai. Tepat jam 4.15 ptg...
kami sampai di Jetty Kuala Kedah
. mak aiii!!!! ramai giler orang waktu ni....
dah lah tadi nak cari parking punyalah payah...
kami tibai je tempat parking walaupun mahal...
berbumbung RM 20 henggit semalam...
dah lah tu parking bumbung zink je...aaaaahhhhh....
depa ambil kesempatan sungguh.
Ok.....ini ada sekeping gambar lama dari Jetty
yang ada dalam simpana aku.
Dalam keadaan kelam kabut keluar rumah tadi sampailah
naik ferry...aku tak sempat nak snap
sekeping gambar pun. Nak makan pun tak sempat.
naik bot selama 2 jam...
dlm keadaan lapar dan perut berbunyi...
nak tidur tak boleh.....
Mana bising dengan bunyi enjin....
pas tu pula bunyi bising suara2
sumbang dalam ferry pula...aaaaahhrrrg!!!!
tensionnyaaaaaa!!!!!.
Tepat jam 6.00 petang, kami sampai di Jetty Langkawi.
Berhenti sembahyang dulu....takut tak sempat.
Lagipun Langkawi masuk magrib jam 7.05 mlm.
So...."Sembahyang lah anda sebelum anda disembahyangkan"....hehehehehehe!
Nasib baik kawan suami baik hati bagi pinjam kereta.
Entah free entah kena bayar sikit...
hubby tak cakap pun....
alahai kereta dah nak pendek umur...
tapi tak apalah janji dapat
bergerak...hehhehehehe!
lebih kurang pukul Pukul 7.30mlm
kami bertolak ke Kedawang.
Oh lupa pula nak habaq....kami menginap
di Quaters Guru Kedawang.
Heheheh....tumpang free atau kena bayar
aku tak pasti sebab rumah anak
menakan suami ku.
Yalah kan... bukan aku tak tau
suami ku ni jenis baik hati...tak kan nak duduk
free kan...sure dia hulur2 gak tu duit!!!!
tak apalah. yang pasti kami akan bergembira di Langkawi.
Seperti yang telah aku janjikan pada anak2ku, hari pertama
aku dan suami akan membawa mereka ke pameran LIMA'11.
Anak2 dok tanya.....'mama LIMA tu apa?'......
jenuh gak lah aku kena explain kat depa dengan panjang lebar.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Selepas berserapan pagi, kami terus ke kawasan pameran.
Yuran masuk ke ruang legar pameran RM 10.00 untuk dewasa
manakala untuk kanak-kanak aku tak perlu bayar.
Tak pasti kenapa...mungkin cuti sekolah so nak bagi
peluang pada budak2 sekolah kot. Keadaan yang bersesak-sesak,
bertolak-tolak dengan panas terik....tetapi pengunjung tetap berpusu-pusu!!
Aku amat seronok bila tengok anak2 seronok.
Dapat lah depa tengok kapal terbang dan kapal perang
sebenar di sana. Bermacam-macam jenis kapal terbang yang
di pamerkan untuk tontonan orang ramai.
Aku rasa hanya disini sahajalah tempat yang kita
boleh tengokkan....selain itu dalam tv ajelah.
Bagi aku kalau korang ada masalah pendengaran....
baik jangan datang. ataupun ada masalah sakit gigi....
sebabnya bunyi bingit dan bising....mak aiii...
boleh pecah kepala. Kami di sini selama 1jam 45 minit.
Saat yang ditunggu-tunggu oleh budak2.....mandi laut!
Kami memilih pantai yang berdekatan dengan Delta Motel di pantai Chenang.
Tempat yang sangat menarik.
Parking pun mudah apatah lagi tempat makan.
Ramai juga pengunjung pantai dari berbagai lapisan.
Apalagi...mandi..dan mandi dan mandi.....!!!
huh....selagi ada peluang berposing.......
depa semua suka berposing...termasuklah
abah yang dok tak mau
mandi.....nak tidoq lah kononnya......!!!
ok...entry seterusnya aku sambung di lain episod ya.....