03 December 2011

0
Komen

Kuala Lumpur - 2 Dec 2011

Semalam aku terima SMS dari agen rumah ku di KL. Terkejut gak... apahal lah pula dia suruh aku ke KL. Maklumlah aku sebenarnya malas nak ke KL. Kalau tak ada tujuan yang penting. Untuk pengetahuan anda sekarang ni saya dok kalut nak cari penyewa sebab rumah ni dah dekat 8 bulan kosong dan terpaksa menanggung began nak tanggung 2 rumah.

Aku terus menghubungi suami untuk membeli tiket bas. Ahhhh...bestnya pi KL naik bas. Lama mana dah aku tak naik bas, aku pun tak ingat. Tapi yang pasti malam ni aku dan suami akan naik bas juga. Eeemmmm.... Lepaskan gian.... Hehehe!!!!

Setelah mengemas pakaian, aku menghantar anak2 balik ke kampung atok depa. Tak berani lah pula aku nak tinggalkan depa sendirian. Takut jadi apa2 menyesal tak guna... Betul tak??? Lebih kurang pukul 10.30 mlm bang chaq menghantar kami ke stesen bas Tanah Merah, Jitra. Tepat jam 11.00 mlm bas bertolak ke Hentian Sahab Perdana untuk mengutip penumpang yang seterusnya. Aku waktu tu tak sedar dah lah....zzzzzzzzzz

Sampai di Pudu Raya lebih kurang jam 6.30 am. Kelam kabut nak ligan waktu subuh takut tak sempat. Maklumlah nak kena naik tingkat 2 tu sebabnya surau terletak di Tingkat 2 Pudu Raya. Wah.....aku terkejut dengan perubahan yang terjadi di Pudu raya.... cuba tengok gambar ni...

Haaa...ni lah dua gambar yang sempat aku ambil dalam kelam kabut nak pi ke surau tadi...cantik kan...nampak kemas dan menarik!!!!! tak rugi lah kalau datang KL naik bas pun...ya lah dahlah bas cantik Pudu Raya cantik...memang supeb!!!!

Sebelum meneruskan perjalanan ke Puchong, aku dan suami sempat sarapan di Mc Donald. Biasalah dah perut melayu.....mana nak kenyang...makan burger kan.....kami terpaksa cari juga nasi lemak untuk tambah kepuasan...ceh.....yang sebonar aaae...den lapor!!!!!.

Aku ke Puchong naik bas...RM 3 sorang. Kita jimatlah compare naik keta kan....yang pasti tak penat. Perjalanan ambil masa 30 minit je untuk ke Puchong. Lebih kurang pukul 9.00 am kami sampai di rumah ku. Wah....nampak bersih setelah di cat dan di bersihkan. eeemmm...bukan free nak bersihkan tu.....kena bayar lah kat agen aku tu... nak buat camna...nak harapkan aku yang duduk Alor Setar ni.....mana nak dan!!!!

ok...cuba tengok gambar ni aku ambil dalam bas. keadaan yang tidak lah sesak sangat kan....sekali sekala naik bas awam....berbagaipengalaman dapat kita pelajari.  Lebih kurang pukul 2.30pm usuran kami selesai.  Alhamdulillah segala2 nya selesai dan aku harap tenant yang nak sewa rumah aku ni dapat menjaga rumah ku sebaik mungkin.  Aku mungkin tidak akan meletakan harapa n yang tinggi pada tenant baru ni...tapi.....apa yang perlu aku buat kan....selain berserah kepada allah.

Setelah segala urusan selesai, kami terus ke Pudu Raya untuk balik ke Alor Setar.  Tak sempat nak menikmati keindahan KL...sebabnya kami perlu balik segera ke Alor Setar untuk menghadiri jamuan kenduri kawin anak sepupu suami ku.   Keadaan cuaca di KL hujan lebat yang tidak berhenti sejak kami bertolak jam 4 ptg hinggalah kami berhenti rehat di Bukit Gantang jam 8.30 mlm.   Keadaan memang sejuk dan boring.  Nasib baik driver pasang astro dlm bas...so tak lah boring kan.  Apa lagi layan                                                 .

Sampai di Tanah Merah Jitra pada jam 12.00 malam.  Abang chaq yang ambil kami....kalau tidak alamak menapak sampai ke rumah mak mertua aku tu....waduh..waduh..waduh....!!!!  anak2 tidak tidur lagi kerana menunggu kami.  Sebenarnya dok tunggu buah tangan yang di pesan berkali-kali dalam talipon......jam dah pukul 1.00 pagi.  aku dan suami terus mengambil kereta untuk pulang kerumah.

No comments:

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com