27 June 2012

0
Komen

jom masak....







wah....tengok pada nama tu...macam besa-besa punya kuih kan. senang je.  sesuai untuk  hidangan waktu petang.  saya pun tak cuba lagi...cumanya resepi ni saya ambil dari rakan fabian...jom cuba.....

CAKOI

Bahan-bahan:-
1) 1 kg tepung naik sendiri
2) 11 gram yis segera
3) 2 cawan air (bergantung kepada kualiti tepung)
4) ½ cawan gula (jadikan air gula) 5) ½ cawan minyak masak
6) ½ sudu teh soda bikarbonat
7) 1 sudu makan serbukbawang puti (jika suka untukperisa tambahan)
8) Garam secukup rasa
9) ½ - 1kg minyak masak (untuk menggoreng)
10) Seri kaya dan mentega untuk inti

Cara-cara :-
1) Campurkan semua bahan kecuali minyak masak dan bahan inti, uli membentuk
doh. Tambah air jika perlu. Biarkan doh selama 2030 minit di dalam bekas yang
dibalut dengan kain lembab.
2) Panaskan minyak di dalam kuali.
3) Potong doh memanjang dalam ukuran 1”X 4” hingga habis. Cantumkan 2
potongan bersama bebentuk 2” X 4” dengan tekanan menggunakan kayu stik
(chopstick) yang telah disapu minyak.
4) Goreng doh tadi sehingga keemasan dan angkat.
5) Belah separa antara cantuman tadi dengan pisau. Sapu mentega dan isikan seri
kaya dalam belahan tersebut.






Pau Goreng

Bahan-bahan:-

Untuk inti :
1) 200 gram kacang merah
2) Air secukupnya (untuk rebus)
3) 100 gram gula perang
4) ½ sudu teh pewarna merah
5) 1 sudu teh garam
6) 3 sudu besar minyak masak

Untuk pau :
1) 500g tepung naik sendiri
2) 6 gram yis segera
3) 50 gram minyak sayur
4) ½ sudu teh garam
5) 100 gram gula halus
6) 250 gram air suam
7) ½ 1kg
minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :

Untuk inti :
1) Rebus kacang hingga separuh kembang dan kisar sehingga halus (kisar bersama air
rebusan)
2) Satukan kesemua bahanbahan
inti dan masak hingga pekat.
3) Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga rata.
Untuk pau :
1) Satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Masukkan bahanbahan
ini ke dalam tepung
membentuk doh. Uli doh selama 5 minit.
2) Bentukkan doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 40g.
3) Simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
4) Setelah 10 minit,ambil doh dan bentukkan bulat. Isikan intinya ditengahtengah,
tutup doh supaya tidak bocor dan bentukkan bulat semula.
5) Alaskan doh dengan kertas minyak dan buat sehingga doh itu habis dan disimpan lagi
selama 1 jam.
6) Panaskan kuali dengan minyak sederhana panas.
7) Goreng pau sehingga warna keemasan.









0
Komen

Assalamualaikum sume...




Ya allah....lamanya aku tak update blog ni...entahlah...sibuk memanjang.  Bukan tak ingat nak update tapi bila terlalu banyak nak story aku jadi lupa....tak tau mana satu nak tulis dulu.  Last2 hang cam tu aje.  Kalau ikut kan banyak yang aku nak ceta...masalah peribadi idak lah kot.  Tapi yang pastinya aku tension dengan dengan suasana di pejabat.  Tak tau kenapa???? suasana yang membosankan sehinggakan kekadang aku rasa malas nak mai.  

Tiap kali time nak pi pejabat....adusssh...kepala otak ni dok pikiaq apa lah akan jadi pula kali ini kat opis tu. Kalau nak ikut rentak depa...jenuhhhhhh.... berkelik-kelik atau orang kata geng lah....hak tu yang aku tak suka.  ya allah hati....jangan lah kau sedih ya.  Hidup perlu diteruskan.

Rasa-rasa korang lah seronok tak suasana macam gini?????? eeeerrrggghhhh!!!!!







! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com