11 July 2012

1
Komen

Motivasi Pagi oleh Ustaz Ebit Lew




Pagi ni rasanya macam nak cakap bab agama sikit.  Bukan apa...entah kenapa sejak kebelakangan ini hati ku sering megingati mati.  Aku sering terpifir apa yang aku nak jawab di alam barzah nanti disebabkan amalan yang masih banyak lagi yang kurang.  Risau juga bila memikirkan banyaknya dosa-dosa yang telah  maupun aku lalui sejak aku meningkat remaja(baligh lah tu).

Ya allah...panjang kan lau umur ku untuk aku dapat berbuat baik di sepanjang hayat ini ya allha.  Ya allah..terlalu berat ujian dan dugaan mu ya allah.....sesungguhnya aku manusia yang lalai yang ingin menyerahkan diri ini kepada mu.  Panjangkan umur ku kerana aku ingin menebus semula segala dosa yang selama ini telah menenggelamkan hidup ku.

Teman2 sekalian...aku sangat suka dengan radio IKIM.fm.  Dari situ aku berkenalan secara maya dengan ustaz Ebit Lew.  Ya allah...motivasi pagi yang diberi setiap pagi di corong radio adalah peneman ku sewaktu bertolak untuk kepejabat.  

Walaupun tidak lagi keudara...aku sentiasa mendengar berulang2 motivasi dari beliau.  semoga allah melimpahkan ganjaran buat beliau diatas sumbangan ilmu kepada kita semua.  Anda semua boleh cari di You Tube...siri-siri ceramah ustaz Ebit Lew ini.  Disini aku sertakan salah satu ceramah beliau yang memang menarik.






1 comment:

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian. Disini saya kongsikan ceramah ustaz ebit lew. Semoga semua dapat manfaat. Jom share :
https://www.youtube.com/watch?v=kh8BKO1dl7U

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com