11 July 2012

0
Komen

Buku oh Buku






Akhirnya...setelah bertanya dimana untuk mendapatkan buku 300 Himpunan Hadis Bimbingan Ke Arah Mencari Redha Allah, aku berjumpa dengan buku ini di kedai buku Popular.  Keluaran Telaga Biru oleh Ustaz Zahazan Mohammed.  

Ustaz Ebit dalam siri ceramah nya ada menyatakan...sekiranya kita membawa hadis nabi ke dalam rumah dan membacanya...seperti alquran, insya allah keberkatan akan terpancar didalam rumah itu.  Apatah lagi kalau mengamalkannya.  Insya allah.

Buku Amalan Di jamin Ke Syurga oleh Rasullullah juga bagi aku menarik.  Penuh dengan penerangan yang mudah di fahami.  Amat sesuai untuk ahli keluarga kita.  Ya lah kan daripada kita membeli cd-cd yang boleh melalaikan, kan elok kalau beli buku ni bagi anak2 kita baca.  Kalau nak bagi hadiah pun boleh terutama pada kawan-kawan.  Kita pun dapat pahala juga kan.  selamat membaca ya.


















No comments:

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com