13 December 2012

0
Komen

Bubur Asyura

Emmm.....rasanya lama dah tak menulis ni....sibuk dengan perbagai kerja yang tak akan habis sampai bila-bila pun.  Hari ini aku terfikir untuk menulis cerita tentang sahabat2 di opis memasak bubur asyura. Rasanya aktiviti ini telah diamalkan setiap tahun oleh rakan pejabat.  Masak beramai-ramai lebih memeriahkan lagi suasana.  Riuh rendah bagai kan tak terkata.  Kadang-kadang aktiviti seperti ini boleh memeriahkan suasan pejabat dan disamping itu boleh menambahkan kemesraan di kalangan kakitangan.

kacau jangan tak kacau....silap haribulan boleh tercabut tangan ni!!!

kacau jangan tak kacau....

ahli wanita sedang sibuk membuat persiapan....
dah masak...kena lah rasakan takut tak sedap pula!!!

Traaaa....ini lah dia bubur asyura yang telah siap dimasak dan ready untuk di agihkan kepada kawan-kawan....

No comments:

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com