30 December 2010

0
Komen

Percutian Hujung Tahun- 2010


Seperti biasa aku akan membuat plan kemana
nak bawa anak-anak bercuti sambil
 aku dan hubby  can spend our time with them together.
Lagi pula cuti aku perlu dihabiskan dan tak boleh di
carry forward ke  tahun 2011.
So Ini lah peluang nak berjalan-jalan tanpa
 gangguan org lain.....just my family and I. Kami bertolak
 dari rumah pada 8.30 pagi camtulah..
abis penuh brg2 dlm keta..hu3,
 besala semangat nak melancong la katakana….
ha, pastu kita org  dah la lapar gila coz x mkn
sarapan lagi ni…...(adoi tolong)!!!!!

di R&R Gurun

Hari pertama – Cameron Highland

Kami bertolak ke destinasi pertama. 
 Perjalanan ke Cameron Highland cuaca agar lembab. 
Mana taknya hujan sejak kami keluar dari rumah lagi. 
 Tapi kami tetap meneruskan perancangan dan perjalanan
 kedestinasi yang dituju. Mengambil exit Simpang Pulai, hampir 
4 jam baru sampai ke apartment yang di tuju. 
 Orang sungguh ramai....maklumlah cuti sekolah 
dan kebetulan public holiday awal muharam bagi Negeri Kedah.

Untungnya kami membawa makanan so sampai dibilik 
kami terus makan kerana budak-budak dah lapoq sesangat. 
 Pada pukul 4ptg baru kami keluar ke kawasan peranginan 
Bharat Tea plantation. Huh! Sakan budak-budak
 berposing! Maklumlah camera barulah katakan! Kami
 sempat singgah di beberapa kedai sourvenier.
 Oh ya di Ladang teh kami beli juga beberapa perisa teh sebagai kenang-kenangan.


Bharat Plantation, Cameron Highland


Perjalanan diteruskan ke Brinchang
 Wah!!!!! Cuaca di sini sejukkkk! Keadaan jalan yang sesak 
dan jammed yang teruk, akhirnya sampai di pasar malam brinchang. 
Nak cari parking satu hal di sini. Mana-mana 
kawasan jammed giler!!!!!! Kami sempat merasa 
'kueh brinchang'.....huh!!! Special tuh!!! Bentuk kuih tu 
macam kita buat lempeng dan ditengah-tengah diletakkan kelapa.
 Bolehlah tahan sedapnya tu. Kami beli lah juga beberapa jenis 
makanan untun makan malam dan bagi menge
lakkan perut kosong mlm sat gi, kena pula dengan 
cuaca sejukkkk ni kannnn.

Hari kedua di Cameron Highland aku kalut menyediakan 
sarapan pagi sebelum kami check out. 
Untungnya rumah yang kami sewa ni siap ada
 tempt masak lagik! So senanglah kerja aku . Selesai sarapan
 kami terus check out Lebih kurang pukul 9pagi Dan
meneruskan perjalanan ke Mardi untuk melihat
 berbagai pokok bunga
 yang di tanam disitu. Kami di Mardi hanya
 30minit memandangkan kami berasa terlalu
baru sangat datang ke 
cameron highland pada tahun lepas.
Dari Mardi  kami singgah dibeberapa tempat yang
 menarik dan tempat menjual
 barang-barang cenderamata. Rasanya tidak
jemu datang berulang kali kesini kerana cuaca dan
 pemandangan yang menarik Ini. 
 Puas jugalah berposing sakan bersama anak-anak
 sampaikan depa tak larat nak bergambar lah
kata kan!!!!!



Hari Kedua - Lumut  Dan Pulau Pangkor

Lebih kurang pukul 12 tengahari kami
bertolak ke Pulau Pangkor melalui jalan
 Batu Gajah menuju
ke Lumut.   Lebih kurang 3 jam jugala
drive ke Lumut dengan cara bersantai tu!!!! 
akhirnya kami sampai di jetty dan
 terus  membeli tiket . Ramainya manusia
 yang bertujuan sama dengan kami ke
 Pangkor. Terasa puas dihatiku melihat
keseronokan terpancar  diwajah
 anak-anak ku.  Sememangnya percutian hujung
 tahun amat ditunggu-tunggu oleh
 mereka kerana waktu itulah aku akan plan
satu  percutian yang happening....!


Dari Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa
 selama 45 minit . Kerana keletihan aku
tertidur juga lah dalam feri tu.
 Sampai di Pangkor kami terus ambil teksi dengan
 bayaran RM15.   20 minit kemudian kami
 sampai di tempat yang dituju iaitu
 1 malam RM180 tu Kira Oklah bagi aku 
lagipun pakej family. Siap ada kolam lagi. 
 Cumanya kebersihan kawasan resort bagi
aku  perlu diutamakan.


Sampai di resort dah pukul 4ptg.
Perut tersangatlah lapar.
 Apalagi seperti biasa aku memulakan tugas rasmi
sebagai tukang masak.
 Punyalah lapar anak- anak makan dengan
berselera sekali. 
Kira habislah nasi yang aku masak. 
Lebih kurang pukul 5ptg kami menyewa bot
 untuk mengelilingi  pulau-pulau yang terdapat disekitar
 Pulau Pangkor. Kami berhenti 
Lebih kurang 1jam di Coral Island untuk menikmati
 keindahan Pulau tersebut.
 Kami juga sempat melihat matahari terbenam
atau sunset.  Sungguh indah pemandangan
sewaktu matahari terbenam. Itulah ciptaan tuhan indah
dan mempersonakan.

Coral Island, Pangkor

Hari ketiga percutian - Taiping

cuaca tidak begitu baik. Hujan pagi yang
 agak lebat juga.  Tiada apa yang dapat dibuat
melainkan mandi dikolam
 yang telah disediakan oleh pihak
resort. Kegilaan ombak yang membelah
pantainya membuatkan aku terkenang
kepada peristiwa
 tsunami dahulu.  Takut gak aku….
aku sendiri pun tak  berani nak
 mandi.  Setelah puas mandi manda kami
bersiap sedia untuk  check out dan ke
 destinasi seterusnya.
Kami mengambil teksi ke jeti Lumut
 Dan  sempat membeli belah di kedai- kedai
yang  terdapat di kawasan tersebut.
 Hubby membeli beberapa bungkus makanan
 segera  seperti ikan salai,  sotong Dan
 sebagainya.  Dari Taiping ke Lumut
mengambil  masa selama hampir 2 jam.
 Kami bermalam di hotel 
Sri Malaysia dgn harga RM160 semalam
dengan pakej  family sekali breakfast
di Sri Malaysia Taiping.

Sri Malaysia menyediakan swimming pool.
 Budak2 ni apalagi kolam...kolam...
Kolam.  Depa sikit pun tak jemu- jemu
dengan air, asyik nak berendammmm je!
Selepas magrib  kami 
terus menuju  ke Night Safari
 Sebelum ini kami dok dengar juga Night Safari
tapi tak  pernah masuk pun.
 Jadi dikesempatan ini kami
 mengambil peluang untuk mengetahui
apa yang ada disana. 
 Selepas membeli tiket kami diarahkan
 untuk  menaiki keretapi mini untuk mengelilingi
kawasan zoo.  Inilah pengalaman partama kali
aku  dan anak-anak melihat
 keadaan zoo diwaktu malam. Walaupun
Keadaan gelap  kami masih dapat melihat
 beberapa ekor binatang yang masih
 aktif pada waktu malam. 
 Hampir 45 minit masa diperlukan untuk
 mengelilingi kawasan
 tersebut. Kali ni aku tak masak,
 kami makan  malam depat
Kem Taming Sari,
Taiping. Masak sedap dan cepat.
Bab harga sama macam makan di Alor Setar. 
Sampai di hotel lebih kurang pukul 11 malam.
 Menggantuk giler!

Night Safari, Zoo Taiping

Hari keempat.

Pagi ni breakfast dihotel aje.
 Hidangan di Sri Malaysia biasa-biasa je.
Lepas  makan anak-anak
 pi mandi kolam sebelum kami check out. 
Aku sengaja biarkan mereka mandi puas-puas 
sebab lepas ni tak tau bila boleh bawa mereka ke
kolam lagi  sebab sibuk dengan kerja.
 Kami meneruskan perjalanan 
ke Zoo Taiping, waktu ni lah depa nak
 tengok  binatang dalam keadaan yang sebenar.
 Yalah selama ni dok tengok dalam tv je kan.

Hampir 2 jam kami berada di dalam zoo. 
 Puas jugalah melihat berbagai binatang di zoo. 
Ada yang biasa kami Lihat dan Ada yang tak
 pernah Lihat pun. 
 Setelah puas berjalan-jalan dan menyusuri jalan
 di Tasek Taiping.
 Memang cantik pemandangan di tasik taiping.
 Kami meneruskan perjalanan  ke
Pulau Pinang  untuk destinasi terakhir
 percutian kami pada musim 
sekolah Kali ini. Sampai di penang
 kami menginap  di Ali's Guest House.
 Keadaan bilik yang
 'bolehlah'!!! Ini mempunyai katil yang cukup
untuk anak2ku. 
 Nasib baik satu malam je. Padanlah dengan
harganya  RM160 semalam!!!! 
 Sampai di chalet lebih kurang pukul 4.30ptg,
 kami terus mencari
 kedai makan kerana terlalu lapar.
 Selesai sahaja makan anak-anak sebuk nak
 mandi laut. Di Penang aku sempat melihat
 matahari terbenam.  Sungguh cantik! Malam tiada
 aktiviti yang menarik yang 
kami lakukan, selain menonton Siri tv
 kegemaran kami
 hanya tidur kerana kepenatan di
dalam perjalanan.


Hari Kelima - Batu Feringgi, Pulau Pinang

Selepas sarapan kami mandi laut. 
 Kebetulan cuaca hujan jadi mandi tak
 lama sebab  takut sesuatu tak diingini berlaku.
 Setelah puas main pasir dan mandi laut kami
 bersiap-siap  untuk check out. 
Meneruskan perjalanan ke Bukit Bendera
 tetapi nasib tak baik kawasan
 tersebut tutup.  Kami terus ke
 jalan Chowrasta untuk membeli buah jeruk
 untuk dibawa balik
 sebagai kenang-kenangan. Berbagai jenis
buah2an yang kami
 beli terutama Buah salak. Kami juga sempat
menjamu selera
 dengan nasi kandar di ' Kandar Pokok Ketapang'.
Memang sedap  dan akhirnya aku dapat
 melepaskan  gian makan nasi kandar
tersebut.   Setelah habis makan kami
 meneruskan perjalanan balik ke
Bukit Tinggi, Kedah. 
Mana lagi kalau bukan rumah
 kesayangan ku....hehehe.
 Perjalanan balik kerumah mengambil masa
selama 2 jam.  Sungguh penat tetapi puas !!
 Tahun hadapan aku akan plan ke destinasi
 sebelah selatan pula, insya Allah.

Ali's Guest House, Batu Feringgi, Penang

No comments:

! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

FizGraphic Dot Com